Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...
Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh makan sesuka hati kita saja. Inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit. Kesihatan adalah nikmat ke-2 selepas nikmat iman. Apabila kita sakit baru kita tahu mahalnya nikmat tersebut. Sebenarnya Islam lebih 'advance' dalam membicarakan hal ehwal kesihatan.
Kesempurnaan Rasulullah saw sebagai kekasih Allah swt tiada tolak bandingan yg menjadi ikutan muslim sedunia remasuk diet makanan baginda. Rasullulah tidak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya .Ikut diet Rasullullah ini. InsyaAllah kita tidak akan sakit perut atau keracunan makanan:
- Jangan makan IKAN bersama SUSU
- Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD/KOBIS
- Jangan makan SUSU bersama CUKA
- Jangan makan CUKA bersama IKAN
- Jangan makan BAWANG PUTIH bersama BAWANG MERAH
- Jangan makan BUAH bersama SUSU (Contoh : KOKTEL)
CARA MAKAN
* Jangan makan buah setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu, baru makan nasi. Buah baik dimakan ketika perut kosong kerana proses penghadamannya cepat berbanding kumpulan makanan lain. Jika dimakan selepas makanan lain, ia akan mengalami fermentasi kerana lambat dihadam. Zat-zat yg terdapat di dalamnya akan rosak dan juga penyebab berlakunya kembung perut.
* Tidur dibolehkan 1 jam SELEPAS makan tengah hari. Terlalu cepat tidur setelah makan akan menyukarkan proses penghadaman, mengeluarkan gas yang banyak, susah buang air besar dan menyebabkan mulut berbau. Dianjurkan tidur dengan mengiring ke sebelah kanan seperti mana yang sering dilakukan oleh Rasulullah SAW. Dengan itu perut yang terletak di sebelah kiri tubuh tidak ditindih dan tidak mengganggu proses penghadaman yang sedang berlaku.
*Jangan sesekali tinggal makan malam. Barang siapa yg tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda. Diriwayatkan dari Anas dengan status marfu’:”Makan malamlah sekalipun hanya dengan kurma kering, kerana meninggalkan makan malam dapat mempercepatkan penuaan”. Ini adalah kerana, jika kita meninggalkan makan malam, tubuh akan mengurangkan kadar metabolisme badan. Waktu makan yang tidak teratur juga boleh mengganggu proses penghadaman.
Antara amalan-amalan kesihatan lain yang wajar diamalkan:
1. Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk akan menyempitkan saluran kapilari darah, membuatkankan jantung mengepam lebih banyak darah dan oksigen ke seluruh tubuh dengan kadar yang cepat dan menyebabkan kontraksi otot. Kontraksi otot dapat membakar lemak yang terdapat dalam tubuh. Selain itu, air sejuk juga akan menyebabkan kita menggigil disebabkan oleh tindakan refleks tubuh untuk mengekalkan suhu badan. Dengan menggigil lemak akan dibakar untuk menghasilkan tenaga dan haba. Denga itu ia juga dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan tidak gemuk.
2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air dalam peti sejuk/ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).
3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Antaranya menambahkan aliran darah ke otak dan menyahcas tenaga eletrostatik yang terdapat pada tubuh.
4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari.Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzim sejenis alat percerna makanan).
Sabda nabi : “Ilmu itu milik Allah, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insyaAllah, Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya”
[PETUA IMAM SYAFIE]
Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas
Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam
Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih
Empat perkara merosakan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat
Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama
4 CARA TIDUR
1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.
doa.
zikir.
itulah kekuatan seorang muslim :)
p/s : Kalau rajin..tolong sebarkan maklumat ini kpd saudara Muslim Muslimat yg lain agar menjadi amalan kpda kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun beliau sudah meninggal. ♥sharing is caring ♥
Hasil cOretan,
CIk LIenA...
hihihih betul la tu...
ReplyDeletekan...sO, ikuti la diet Rasulullah utk kesihatan...selamat beramal cik yam...hihiihih
Deleteok dah amalkan..kau pun sama kena ikut gak hahahha
Deletebagus2...hihiihii...insyaAllah akan amalkan...tuk kebaikan bersama..
Delete