Sunday, July 29, 2012

::wanita terbaik::

assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

 Al-khawarizmi,
seOrang ahli matematik Islam bila ditanya tentang wanita terbaik dia menjawab:

Jika wanita sOlehah dan beragama = 1
Jika dia cantik, tambah 0 kepada 1 = 10
Jika dia kaya,  tambah lagi 0 = 100
Tetapi jika yg''1'' tiada
MAKA
tiada apa yang tersisa pada wanita tersebut kecuali sekelOmpOk ''0''

p/s: renung2kan dan selamat beramal...ceria2 selalu..^__________^

Hasil COretan,
Cik Liena     

Wednesday, May 2, 2012

::kAsIh sAyAng IbU MembAwA Ke syUrgA::


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,
Orang kata aku lahir dari perut mak...
(bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku.... mak
...
Bila lapar, yang suapkan aku.... mak

Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. .. mak

Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut.... Mak

Bila bangun tidur, aku cari.... mak

Bila nangis, orang pertama yang datang .... mak

Bila nak bermanja, aku dekati....... mak

Bila nak bergesel, aku duduk sebelah.... mak

Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak

Bila nakal, yang memarahi aku.... mak

Bila merajuk, yang memujukku cuma...... mak

Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah.... mak

Bila takut, yang tenangkan aku.... mak

Bila nak peluk, yang aku suka peluk.... mak

Aku selalu teringatkan ..... mak

Bila sedih, aku mesti talipon.... mak

Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu..... mak

Bila bengang.. aku suka luah pada.. mak

Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "

Bila sakit, orang paling risau adalah.... mak

Bila nak exam, orang paling sibuk juga.... mak

Bila buat hal, yang marah aku dulu.... mak

Bila ada masalah, yang paling risau.... mak

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak

Yang selalu masak makanan kegemaranku.... mak

kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk..... mak

Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.... mak

Yang selalu berleter kat aku... mak

Yang selalu puji aku.... mak

Yang selalu nasihat aku...... mak

Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk..... mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....

Bila seronok, aku cari....pasanganku

Bila sedih, aku cari..... mak

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku

Bila gagal, aku ceritakan pada.... mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku

Bila berduka, aku peluk erat.... emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku

Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah.... mak

Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku

Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu... aku ingat pasanganku

Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila.... aku akan talipon pasanganku

Entah bila... aku nak talipon mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku

Entah bila.... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?

mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya..........

Tapi kalau mak sudah tiada..... .....

MAKKKKK...RINDU MAK..... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya......

berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya......

berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....

berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......

berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....

berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya.......
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00

2) Tolong jaga adik : RM4..00

3) Tolong buang sampah : RM1.00

4) Tolong kemas bilik : RM2.00

5) Tolong siram bunga : RM3.00

6) Tolong sapu sampah : RM3.00

Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA

2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA

3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA

4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA

5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.
ibu….
titisan peluhmu mengalir ….
mengiringi pnderitaanmu….
di setiap tawamu…
tersimpan tangisan batinmu ….
hasratmu ingin melihat ku bahagia….

ku tersenyum…
tak ingin kau melihat aku menjatuh kan setitik air mataku ….
bagimu biarlah kau menderita …
biarlahku tersiksa …
asalkan aku bahagia …

lautan kau selami …. angkasa kau terokai …
untuk mengantarku ke lembah kebahagian …
betapa besar jasamu ibu …
bagimu biarlah aku tertawa di atas penderitaan mu ….
bagimu biarlah aku bahagia di atas jeritanmu ….

ibu ….
suatu hari nanti akan ku balas kasih sayangmu ….
walau tak mungkin tuk membalas pengorbananmu …
akan ku cuba bahagiakanmu ….

p/s: saya sayang mak saya lebih dari saya sayang sape2...♥♥♥
Hasil COretan,
Cik Liena, 

Saturday, April 21, 2012

::Jika rindukan seseOrang::

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

     Jika RINDUKAN SESEORANG , PEJAMKANLAH MATA dan UCAPKANLAH :

 " Ya Allah Aku rindukannya keranaMu Ya Allah , Jauhkanlah aku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepadaMu . Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku..tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia.. 

✿~ Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi.. 
✿~ Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya.. 
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi.. 
✿~ Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai.. 

Terima kasih ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalanMu ini..terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia..♥ ♥ ♥" 

DAN

dan satu lagi doa  untuk sampaikan rindu..
insyaAllah doa ini akan dimakbulkan dan org yg kita rindui tu akan merasakannya.
ini merupakan doa nabi Yusuf kepada Zulaikha

Ya Allah, Sampaikan salam rindu ku kepada ...... (nama penuh insan itu) sehingga aku menjadi kerinduannya. Amin

pada saya, apabila kita nk berdoa, kita kena yakin. insyaAllah...dOa kita akn dimakbulkan..aminn

p/s hari nie merupakan ulangtahun kelahiran my lalink yg ke 23....^________^
jd sy nk ambik kesempatan tuk wish kt die, semOga die diberi kesihatan yg baik dan berterusan serta dirahmati Allah swt dan bahagia di dunia n di akhirat..aminn...
1437..♥♥♥
Hasil COretan,
Cik Liena        

Thursday, April 19, 2012

.:cIrI-cIrI calOn sUamI:.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,


Wahai MUSLIMAH...

♥ Carilah LELAKI yang boleh mengingatkan mu tentang SEMBAHYANG,
=>Bukan LELAKI yang selalu mengajak TENGOK WAYANG..!

♥ Carilah LELAKI yang selalu mengingatkan dirimu untuk MENGAJI,
=> Bukan LELAKI yang selalu mengajak mu SMS TIAP-TIAP HARI..!

♥ Carilah LELAKI yang selalu mengingatkan mu tentang MENUTUP AURAT,
=> Bukan LELAKI yang hanya tahu nak MENGURAT..!

♥ Carilah LELAKI yang boleh mengajar mu MENGHORMATI ORANG TUA,
=> Kerana disitu letaknya pintu SYURGA..!

Spesifikasi calon suami yang bolehlah dibuat suami:-


1. Solat fardhu cukup 5 waktu.


2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa, boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh antar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.


3. Ada kenderaan: moto kapcai dah cantek. honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA. Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang mengandung ke klinik setiap bulan.


4. Lulus ujian fardhu ‘ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul, apatah lagi mandi-mandi yang lain.


5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat “Alif Ba’ Ta’” sampai Surah “Iqra’ Bismirabbikallazi Khalaq.”


6. Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Tadelah sampai menipu kata nak pergi Mydin tapi pergi mengorat jiran taman sebelah.
7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.


8. Gedik joget-joget pun depan bini dan anak-anak je. Depan orang lain sopan santun gitu.


9. Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam ni ok, “Ehemm..ramainya kawan laki kat opis.. Jangan sampai lupa abang taw..”


10. Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD.


11. Kalau dia jenis diam tak delah sampai orang kata tak bergaul dengan manusia lain. Kalau dia banyak bercakap pun tadelah sampai dia mengata-ngata orang lain.


12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang-kurangnya Maghrib dan Isyak.


13. Walaupun tak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola. Jika ada kuliah di masjid muka dialah ada di antara orang-orang kampung.


14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.


15. Jenis senyum sokmo.


16. Tak tengok sangat awek cuns, duk tengok bini dia je walaupn bini dia tak cuns (Tak cun tak pe, boleh tutup lampu – UAI)


17. Pandai masak sekurang-kurangnya masak nasi dan goreng telur, ayam, ikan, nasi goreng, nasi goreng hailam dll. Kalau dia tak sempat nak masak sekalipun, dia takkan makan kat McD atau tempat-tempat makan yang pelik-pelik nama dia menu yang mahal-mahal sebab dia tahu keje dia gaji tak banyak. Makan nasi lemak kat gerai lagi ok pe.


18. Rajin. Ringan tangan tolong isteri. Kadang2 tolong kemas rumah, sapu sampah, sidai kain, memasak. Tapi janganlah poyo sangat sampai kawan-kawan isteri datang pun, tolong gorengkan pisang kat dapur untuk raikan tetamu.


19. Jenis pembersih gak la. Masa muda-muda dia tak de la jenis pakai seluar jeans busuk berminggu-minggu tak basuh. Bau badan tu jaga. Kena bersih sebab hari-hari nak ngadap Allah, bukan nk wangi depan manusia je.


20. Sehari sekali ingatkan bini dan anak-anak tentang kematian dan amalan agama. “Sayang, tengok jam tu. Ha, bila kita tengok jam.. Ingatlah detik kematian tu makin hampir.”


21. Dia sentiasa nak berubah bersama-sama isteri dan anak-anak dia. Berubah jadi lebih soleh dari sehari ke sehari.
p/s: untung la orang perempuan kalau dapat cari bakal suami gini...


♥ Saya tak minta yg SOLEH ,sebab saya pun tak lah SOLEHAH sgt 
♥ Saya tak minta yg bergelar USTAZ, sebab saya lg jauh utk bergelar 
USTAZAH
♥ Nak minta yg KAYA, saya pun TAK KAYA, hanya sekadar apa yg ada 
♥ Nak minta yg KACAK, saya tak la CANTIK, sekadar hamba sesempurna kejadian 
yang ALLAH ciptakan 
♥ Nak minta yg BERPANGKAT, saya hanya seorg HAMBA 
♥ Cukuplah sekadar yg MEMAHAMI dan MENERIMA diri seadanya 
♥ Cukuplah yang ada AGAMA di hati dan mengamalkannya serta sama2 mencari 
jalan ke Syurga apabila bahtera di layar dan masjid dibina 
♥ Cukuplah yang sama2 saling MEMBANTU dlm susah dan senang mengharungi 
lautan dunia.
Hasil  COretan,
Cik Liena ...

Saturday, March 31, 2012

:: Andai Lelaki Tahu: :


Assalamualaikun dan salam sejahtera semua...



Selepas kahwin nanti.
Isteri masak, suami makan.
Suami imam, isteri makmum.
Suami baca doa, isteri aminkan.
Isteri merajuk, suami pujuk.
Hidup saling melengkapi selepas perkahwinan.

Itulah KEMANISAN sesudah SEBUAH PENANTIAN......


Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak sesuatu yang terjadi.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cerewet, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu kamu berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan masih menganggap kamu anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. terkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk kamu .

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan duit atau hadiah, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat dia rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak mencintai kamu tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu dgn kamu, dia benar-benar maksudkannya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia denganmu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata kasar, dia bukan bermaksud utk berkasar, tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan sikapnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar mencintai anda. Perempuan sulit untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun sebenarnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang dapat menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

♥ SEMOGA BERMANFAAT ♥

Hak cipta adalah milik Allah SWT semata. Hak kita sebagai manusia adalah berlumba-lumba menyebarluaskan kata-kata kebaikan kepada seluruh umat manusia.
Sungguh bahagia insan yang telah menemukan cinta sejatinya.. ibarat tasbih & benang pengikatnya. terajut menjadi satu untaian yang selalu disentuh satu demi satu oleh insan mulia yang bibirnya basah akan cinta kepada tuhanNya.


Hasil COretan,
Cik Liena....

Saturday, March 17, 2012

::prOgram jEjAk bErtapAk di nEgerI sEmbilaN::



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua....

Alhamdulillah, akhirnya terpOst jgk blOg nie stelah lame menjadi pekasam gara2 sibuk mencari tajuk thesis n prOpOsal tindakan..huuhuu

POst kali mengenai aktiviti prOgram yg dianjurkn oleh Jawatankuasa Mahasiswa KOlej, KOlej Ungku Omar, UPSI pada 24-26 Feb 2012..
xnak bercerita just nk uplOad gambar je...hihihiii
Destinasi pertama, Muzium Negeri Taman Seri Budaya..


 Menu lunch...masakan Negeri Sembilan....sOdapppp...


Kompleks Kraf Cawangan Negeri Sembilan, Seremban...

Destinasi seterusnya, Istana Seri Melanti...




Destinasi terakhir ke Muzium Adat...
tempat presentatiOn tugasan kumpulan..

Hanya kami berempat saja...
pantang nampak kamera...
mula la tergedik2 nk berpOsing...hihihiihi

Sampai disini jelh yg termampu dihasilkan...
Jumpa lagi...muuaahhhhh...^___^

Hasil cOretan,
Cik Liena..

Tuesday, March 13, 2012

::pEtUA UntUk kEsIhAtAn::

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh makan sesuka hati kita saja. Inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit. Kesihatan adalah nikmat ke-2 selepas nikmat iman. Apabila kita sakit baru kita tahu mahalnya nikmat tersebut. Sebenarnya Islam lebih 'advance' dalam membicarakan hal ehwal kesihatan. 

Kesempurnaan Rasulullah saw sebagai kekasih Allah swt tiada tolak bandingan yg menjadi ikutan muslim sedunia remasuk diet makanan baginda. Rasullulah tidak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya .Ikut diet Rasullullah ini. InsyaAllah kita tidak akan sakit perut atau keracunan makanan:

  • Jangan makan IKAN bersama SUSU
  • Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD/KOBIS
  • Jangan makan SUSU bersama CUKA
  • Jangan makan CUKA bersama IKAN
  • Jangan makan BAWANG PUTIH bersama BAWANG MERAH
  • Jangan makan BUAH bersama SUSU (Contoh : KOKTEL)

CARA MAKAN
* Jangan makan buah setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu, baru makan nasi. Buah baik dimakan ketika perut kosong kerana proses penghadamannya cepat berbanding kumpulan makanan lain. Jika dimakan selepas makanan lain, ia akan mengalami fermentasi kerana lambat dihadam. Zat-zat yg terdapat di dalamnya akan rosak dan juga penyebab berlakunya kembung perut. 


* Tidur dibolehkan 1 jam SELEPAS makan tengah hari. Terlalu cepat tidur setelah makan akan menyukarkan proses penghadaman, mengeluarkan gas yang banyak, susah buang air besar dan menyebabkan mulut berbau. Dianjurkan tidur dengan mengiring ke sebelah kanan seperti mana yang sering dilakukan oleh Rasulullah SAW. Dengan itu perut yang terletak di sebelah kiri tubuh tidak ditindih dan tidak mengganggu proses penghadaman yang sedang berlaku.
*Jangan sesekali tinggal makan malam. Barang siapa yg tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda. Diriwayatkan dari Anas dengan status marfu’:”Makan malamlah sekalipun hanya dengan kurma kering, kerana meninggalkan makan malam dapat mempercepatkan penuaan”. Ini adalah kerana, jika kita meninggalkan makan malam, tubuh akan mengurangkan kadar metabolisme badan. Waktu makan yang tidak teratur juga boleh mengganggu proses penghadaman.
Antara amalan-amalan kesihatan lain yang wajar diamalkan:
1. Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk akan menyempitkan saluran kapilari darah, membuatkankan jantung mengepam lebih banyak darah dan oksigen ke seluruh tubuh dengan kadar yang cepat dan menyebabkan kontraksi otot. Kontraksi otot dapat membakar lemak yang terdapat dalam tubuh. Selain itu, air sejuk juga akan menyebabkan kita menggigil disebabkan oleh tindakan refleks tubuh untuk mengekalkan suhu badan. Dengan menggigil lemak akan dibakar untuk menghasilkan tenaga dan haba. Denga itu ia juga dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan tidak gemuk.
2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air dalam peti sejuk/ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).
3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Antaranya menambahkan aliran darah ke otak dan menyahcas tenaga eletrostatik yang terdapat pada tubuh.
4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari.Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzim sejenis alat percerna makanan).
Sabda nabi : “Ilmu itu milik Allah, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insyaAllah, Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya”

[PETUA IMAM SYAFIE]

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

doa.
zikir.
itulah kekuatan seorang muslim :)
p/s : Kalau rajin..tolong sebarkan maklumat ini kpd saudara Muslim Muslimat yg lain agar menjadi amalan kpda kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun beliau sudah meninggal. ♥sharing is caring ♥

Hasil cOretan,
CIk LIenA...

Sunday, March 11, 2012

.:Ujian dan DUgAaN tanda Allah sayang kItA:.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Tidak ada manusia yg pernah terlepas drpd dugaan Allah swt..tidak ada manusia yg mengetahui apa yg bakal berlaku pada hari esOk...segalanya telah ditentukan Oleh Allah swt..saat diduga pastinya hati kita sukar untuk menerimanya..pada saat inilah iman kita diuju dan teruji...ramai yg mengeluh dan memikirkan mengapa semua ini terjadi..dan kenapa ianya berakhir dengan begitu..namun berapa ramaikah manusia yang bersyukur dengan dugaan yang dberikan kpd mereka...???


"semua yg menimpa Orang islam seperti keletihan, penyakit, kedukaan, kesedihan, kesedihan dan perkara yg tidak disukai, bahkan temasuk duri yg dipijaknya, melainkan sebagai gantinya Allah swt menghapuskan dOsa-dOsanya" (HR. Bukhari)

Sedih, marah, tersentap...tersimpul sejuta rasa disaat kita diduga..namun jangan pernah kita lupa bahawa Allah swt tidak pernah menguji hambanya melebihi kemampuan hambaya itu sendiri..inilah sifat Allah swt yg Maha Adil...ujianNya hanyalah untuk meningkatkan lagi keimanan kita kepadaNya...


Mungkin kita sering lupa dan lalai ketika kita sedang meraih nikmat dunia...mungkin juga kita hidup berlandaskan nafsu semata-mata sehinggakan kita mengabaikan akhirat sana...kerana itulah hidup kita diduga...tetapi janganlah kita mengeluh di atas dugaan Allah swt..kerana sesungguhnya itulah kasih sayang Allah swt kepada hambanya...bersyukurlah dan bersujudlah kepada Allah swt....sesungguhnya semua yang berlaku adalah kehendakNya..
Iman mengajar kita erti bersyukur serta percaya kpd semua ketetapanNya..janganlah kita terlalu bersedih terhadap apa-apa sahaja yg menimpa dan jgnlah terlalu gembira dgn apa yang telah kita raih...sesungguhnya hanya padaNya tempat kita bermOhOn...

Usah ditangisi dengan takdir ilahi..permulaan perjalanan tidak selalunya indah dan sentiasa penuh dgn Onak duri..Oleh itu, harungilah dgn penuh kesabaran..insyaAllah, destinasi indah pasti menanti kita..dan dipenghujungnya pasti kita akan tersenyum puas....
p/s : maka bersabarlah dlm menghadapi dugaan dan ujian drpd Allah swt dan ketahuilah bahawa untuk setiap dugaan yang diberikan Oleh Allah pasti akan ada perkara yang lebih baik menanti...


Hasil cOretan,
Cik Liena...

Saturday, February 11, 2012

♥bILa cIkgU mEntAfsIr cIntA♥

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,


Jika ditanya apa yang dimaksudkan dengan cinta pasti pelbagai jawapan yang diberikan daripada pelbagai perspektif..sO hari ini sy akan bErkOngsi maksud cinta pada pandangan cikgu cekgi..

jOm kita lihat pandangan yang diberikan Oleh cikgu mengenai cinta..


Cikgu Fizik
Cinta merupakan daya tarikan iaitu menarik antara kutub pOsitif (lelaki) ke kutub yg tak sejenisnya (perempuan).

Cikgu BiOlOgi
Cinta merupakan cara mempelajari hubungan antara makhluk dgn lingkungannya.

Cikgu Kimia
Cinta merupakan tindak balas yang tidak diketahui unsurnya.

Cikgu Matematik
Cinta adalah satu cara untuk menentukan daerah ketidaksamaan antara dua garis yang tidak sejajar.

Cikgu Pendidikan Islam
Jangan sesekali meninggalkan cinta tetapi jangan yerlalu dekat padanya kerana hidup ini penuh dengan iblis dan syaitan yang sangggup mengOda manusia untuk membuat dOsa dan cinta adalah sasaran dOsa ( cinta la yang 1 ALLAH S.W.T itu cinta yang hakiki dapatkan cinta yang halal di dunia dan akhirat)

Cikgu Muzik
Cinta adalah diibaratkan seperti irama dan lagu yang tidak dapat dipisahkan.

Cikgu EkOnOmi
cinta merupakan keperluan manusia yang harus dipenuhi sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Cikgu Sejarah
cinta hanya akan menjadi cinta sekiranya ianya tepat dan benar. tetapi jangank lupa jika ada sebab pasti ada akibatnya.

Cikgu GeOgrafi
cinta adalah seperti 4 musim melanda dikebanyakan Negara ErOpah..kadangkala berbunga..kadangkala panas..kadangkala dingin dan kadangkala luruh.

Cikgu Bahasa
Cinta dianggap indah kerana didalamnya ada satu kesatuan yang harmOni antara bentuk bahasa dan isinya.

p/s Cinta adalah suci dan anugerah dari Allah s.w.t untuk seluruh makhluknya supaya kita menikmatinya dan kembali mencintainya..


Hasil COretan,
Cik Liena...

Saturday, February 4, 2012

rEsUlt Oh rEsUlt

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,


Hari nie ak nk berkOngsi perasan di saat melihat keputusan final exam semester 5..


3/2/2012 slps selesai buat kje rumah terus je mengadap laptOp untuk On9..
On9 ape lagi kan kalu bkn FB tersayang..kalu x buka satu hari xsah..mesti kene bkk jgk..hihiihii
seperti biasa slps je bkk FB, ak bace pOst2 yg di pOst Oleh mmbr2 ak..
tiba2 je mata tertumpu pada pOst mmbr2 yg pOst status final exam dh kuar..
ak ape lagi..terus je bkk mysis untuk melihat keputusan exam..seram sejuk badan nie..huhuuh
tp syg nye bile ak bkk je yg ad nye cume result sem lps je..
s0 mkne nye result ak blm kuar lg la kn...wawawa...kecewanya..dh la pnye excite nk tau result exam rupa2 nye result kuar berperingkat2..sO sad..huhuhu
disebabkan kecewa sgt( kcwa la sgt kn..hihih) ak terus tutup laptOp dan pergi jln2 kat umah mak sedara..gembirakan hati yg sedikit kecewa nie..kuikuikui

petang 2 ak dapat sms dari 3 Org mmber yg menanyakan result exam ak..
ak bagitau la yg result blm kuar lagi tapi diOrag bagitau yg result dah kuar..
ak ape lagi trus je pergi terjah k0mputer dekat umah mak sedara ak tu..
trus buka mysis..kan betul result dh kuar...wah happy nye..
dgn penuh debaran ak trus klip result semester 1 sesi 2011/2012..
jeng..jeng..jeng..
terdiam sketika ak melihat result exam...
lidah kelu xterkata....dunia bagaikan terhenti seketika..
result jatuh sem nie..adess knp la jd cam nie..
itukah result ku..mcm xpercaya je...sedihnye..huhuhuuu
tp...wlpun agk sedih ak ttp bersyukur dgn result skrg..
kerana itulah hasil yg ak dpt setimpal dgn usaha yg ak lakukan sebelum, semasa dan selepas exam..
sO semester depan ak kene usaha lbih ckit la untuk cOver balik result ak semester 5 nie..
Cik liena yOu can dO it..chayOok..chayOok..


p/s kepada yang kurang berpuas hati dgn keputusan peperIksaan anda, jgnlah mengeluh kerana ianya akn merendahkan m0ral anda tetapi tekadkan azam baru untuk buat yang lebih baik pada semester depan..chayOok3..^____^
Hasil C0retan,
Cik Liena....

Thursday, February 2, 2012

::Dalam Banyak2 Rakyat Di MALAYSIA, Sayalah yang PALING Rajin::

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Selama beberapa tahun nie, saya selalu je merungut krn kurang tidur dan terlalu byk tekanan dlm hidup. Akan tetapi sekarang saya dah tau knpe ianya berlaku (the real reason):


Saya keletihan krn terlebih kerja..

Nak tahu kenapa..??

Di bawah nie saya akn tunjukkan sebb mengapa saya mempunyai beban kerja yang lebih dan ianya adlh benar, bukan rekaan semata-mata:

Populasi penduduk Malaysia sekarang adlh 27 juta orang.

:P1.7 juta darinya sudah bersara. Maka tinggal 25.3 juta orang.

:P1.3 juta pula adlh golongan kanak2 bawah 6 tahun. Maka tinggal 24 juta orang.

:PDari 24 juta ini, 9 juta masih belajar (tadika, kolej, universiti dan lain2). Maka tinggal 15 juta
orang yang boleh buat kerja.

:PDari 15 juta ini, 6 juta orang adalah pekerja kerajaan yang pergi kerja tetapi tidak buat kerja. Maka tinggal 9 juta orang yang boleh buat kerja.

:PTolak 3 juta orang yang duduk dalam hutan (tentera darat & lain2) pasal mereka nie nak kerja macam manakn kalu tinggal dlm hutan. Dah tinggal 6 juta orang yg boleh buat kerja.

:PDari jumlah itu, tolak 3.7 juta ornag yg menganggur dan tiada kerja (surirumah, orang2 tua fresh university student, kene buang kerja dan lain2). Tinggallah 2.3 juta orang yang boleh buat kerja.

:PDari jumlah ini, sebanyak 1 215 512 orang dilaporkan sakit dan kini berada di dalam hospital di seluruh Malaysia ( tak kiralah hospital swasta atau hoapital kerajaan dan termasuklah hoapital gila). Dah tinggal 1 084 488 orang yang boleh buat kerja.

:PSekarang ini mengikut bancian terkini, terdapat 1 084 486 orang di dalam penjara dan Pusat Serenti di seluruh negara. Jadi tinggal 2 orang yang boelh buat kerja.

Dan 2 orang itu adalh SAYA dan AWAK..

Dari 2 orang ini, AWAK SEKARANG INI masih duduk depan laptop, main game, main internet, membaca email dan tak buat kerja langsung.









 Jadi tinggallah SAYA seorang yang buat kerja dalam Malaysia  nie..winkwink




:PMANA SAYA TAK LETIH, KURANG TIDUR & TEKANAN!!!



Jadi sedarlah sikit..
Dahh...!!!!
G la buat kerja tu..!!!
Jgn duk mengadap laptOp je...
Akhir kata....
Jangan Marah dan Senyum2 s0km0 deh....hihihiih

Hasil C0retan,
Cik Liena...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...