Saturday, March 31, 2012

:: Andai Lelaki Tahu: :


Assalamualaikun dan salam sejahtera semua...



Selepas kahwin nanti.
Isteri masak, suami makan.
Suami imam, isteri makmum.
Suami baca doa, isteri aminkan.
Isteri merajuk, suami pujuk.
Hidup saling melengkapi selepas perkahwinan.

Itulah KEMANISAN sesudah SEBUAH PENANTIAN......


Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak sesuatu yang terjadi.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cerewet, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu kamu berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan masih menganggap kamu anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. terkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk kamu .

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan duit atau hadiah, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat dia rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak mencintai kamu tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu dgn kamu, dia benar-benar maksudkannya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia denganmu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata kasar, dia bukan bermaksud utk berkasar, tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan sikapnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar mencintai anda. Perempuan sulit untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun sebenarnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang dapat menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

♥ SEMOGA BERMANFAAT ♥

Hak cipta adalah milik Allah SWT semata. Hak kita sebagai manusia adalah berlumba-lumba menyebarluaskan kata-kata kebaikan kepada seluruh umat manusia.
Sungguh bahagia insan yang telah menemukan cinta sejatinya.. ibarat tasbih & benang pengikatnya. terajut menjadi satu untaian yang selalu disentuh satu demi satu oleh insan mulia yang bibirnya basah akan cinta kepada tuhanNya.


Hasil COretan,
Cik Liena....

Saturday, March 17, 2012

::prOgram jEjAk bErtapAk di nEgerI sEmbilaN::



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua....

Alhamdulillah, akhirnya terpOst jgk blOg nie stelah lame menjadi pekasam gara2 sibuk mencari tajuk thesis n prOpOsal tindakan..huuhuu

POst kali mengenai aktiviti prOgram yg dianjurkn oleh Jawatankuasa Mahasiswa KOlej, KOlej Ungku Omar, UPSI pada 24-26 Feb 2012..
xnak bercerita just nk uplOad gambar je...hihihiii
Destinasi pertama, Muzium Negeri Taman Seri Budaya..


 Menu lunch...masakan Negeri Sembilan....sOdapppp...


Kompleks Kraf Cawangan Negeri Sembilan, Seremban...

Destinasi seterusnya, Istana Seri Melanti...




Destinasi terakhir ke Muzium Adat...
tempat presentatiOn tugasan kumpulan..

Hanya kami berempat saja...
pantang nampak kamera...
mula la tergedik2 nk berpOsing...hihihiihi

Sampai disini jelh yg termampu dihasilkan...
Jumpa lagi...muuaahhhhh...^___^

Hasil cOretan,
Cik Liena..

Tuesday, March 13, 2012

::pEtUA UntUk kEsIhAtAn::

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Rupanya tanpa kita sedari, dalam makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh makan sesuka hati kita saja. Inilah penyebab terjadinya berbagai penyakit antara lain penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain-lain penyakit. Kesihatan adalah nikmat ke-2 selepas nikmat iman. Apabila kita sakit baru kita tahu mahalnya nikmat tersebut. Sebenarnya Islam lebih 'advance' dalam membicarakan hal ehwal kesihatan. 

Kesempurnaan Rasulullah saw sebagai kekasih Allah swt tiada tolak bandingan yg menjadi ikutan muslim sedunia remasuk diet makanan baginda. Rasullulah tidak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya .Ikut diet Rasullullah ini. InsyaAllah kita tidak akan sakit perut atau keracunan makanan:

  • Jangan makan IKAN bersama SUSU
  • Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD/KOBIS
  • Jangan makan SUSU bersama CUKA
  • Jangan makan CUKA bersama IKAN
  • Jangan makan BAWANG PUTIH bersama BAWANG MERAH
  • Jangan makan BUAH bersama SUSU (Contoh : KOKTEL)

CARA MAKAN
* Jangan makan buah setelah makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu, baru makan nasi. Buah baik dimakan ketika perut kosong kerana proses penghadamannya cepat berbanding kumpulan makanan lain. Jika dimakan selepas makanan lain, ia akan mengalami fermentasi kerana lambat dihadam. Zat-zat yg terdapat di dalamnya akan rosak dan juga penyebab berlakunya kembung perut. 


* Tidur dibolehkan 1 jam SELEPAS makan tengah hari. Terlalu cepat tidur setelah makan akan menyukarkan proses penghadaman, mengeluarkan gas yang banyak, susah buang air besar dan menyebabkan mulut berbau. Dianjurkan tidur dengan mengiring ke sebelah kanan seperti mana yang sering dilakukan oleh Rasulullah SAW. Dengan itu perut yang terletak di sebelah kiri tubuh tidak ditindih dan tidak mengganggu proses penghadaman yang sedang berlaku.
*Jangan sesekali tinggal makan malam. Barang siapa yg tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda. Diriwayatkan dari Anas dengan status marfu’:”Makan malamlah sekalipun hanya dengan kurma kering, kerana meninggalkan makan malam dapat mempercepatkan penuaan”. Ini adalah kerana, jika kita meninggalkan makan malam, tubuh akan mengurangkan kadar metabolisme badan. Waktu makan yang tidak teratur juga boleh mengganggu proses penghadaman.
Antara amalan-amalan kesihatan lain yang wajar diamalkan:
1. Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk akan menyempitkan saluran kapilari darah, membuatkankan jantung mengepam lebih banyak darah dan oksigen ke seluruh tubuh dengan kadar yang cepat dan menyebabkan kontraksi otot. Kontraksi otot dapat membakar lemak yang terdapat dalam tubuh. Selain itu, air sejuk juga akan menyebabkan kita menggigil disebabkan oleh tindakan refleks tubuh untuk mengekalkan suhu badan. Dengan menggigil lemak akan dibakar untuk menghasilkan tenaga dan haba. Denga itu ia juga dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan tidak gemuk.
2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air dalam peti sejuk/ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).
3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Antaranya menambahkan aliran darah ke otak dan menyahcas tenaga eletrostatik yang terdapat pada tubuh.
4. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari.Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahawa enzim banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzim sejenis alat percerna makanan).
Sabda nabi : “Ilmu itu milik Allah, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan insyaAllah, Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya”

[PETUA IMAM SYAFIE]

Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

doa.
zikir.
itulah kekuatan seorang muslim :)
p/s : Kalau rajin..tolong sebarkan maklumat ini kpd saudara Muslim Muslimat yg lain agar menjadi amalan kpda kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun beliau sudah meninggal. ♥sharing is caring ♥

Hasil cOretan,
CIk LIenA...

Sunday, March 11, 2012

.:Ujian dan DUgAaN tanda Allah sayang kItA:.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

Tidak ada manusia yg pernah terlepas drpd dugaan Allah swt..tidak ada manusia yg mengetahui apa yg bakal berlaku pada hari esOk...segalanya telah ditentukan Oleh Allah swt..saat diduga pastinya hati kita sukar untuk menerimanya..pada saat inilah iman kita diuju dan teruji...ramai yg mengeluh dan memikirkan mengapa semua ini terjadi..dan kenapa ianya berakhir dengan begitu..namun berapa ramaikah manusia yang bersyukur dengan dugaan yang dberikan kpd mereka...???


"semua yg menimpa Orang islam seperti keletihan, penyakit, kedukaan, kesedihan, kesedihan dan perkara yg tidak disukai, bahkan temasuk duri yg dipijaknya, melainkan sebagai gantinya Allah swt menghapuskan dOsa-dOsanya" (HR. Bukhari)

Sedih, marah, tersentap...tersimpul sejuta rasa disaat kita diduga..namun jangan pernah kita lupa bahawa Allah swt tidak pernah menguji hambanya melebihi kemampuan hambaya itu sendiri..inilah sifat Allah swt yg Maha Adil...ujianNya hanyalah untuk meningkatkan lagi keimanan kita kepadaNya...


Mungkin kita sering lupa dan lalai ketika kita sedang meraih nikmat dunia...mungkin juga kita hidup berlandaskan nafsu semata-mata sehinggakan kita mengabaikan akhirat sana...kerana itulah hidup kita diduga...tetapi janganlah kita mengeluh di atas dugaan Allah swt..kerana sesungguhnya itulah kasih sayang Allah swt kepada hambanya...bersyukurlah dan bersujudlah kepada Allah swt....sesungguhnya semua yang berlaku adalah kehendakNya..
Iman mengajar kita erti bersyukur serta percaya kpd semua ketetapanNya..janganlah kita terlalu bersedih terhadap apa-apa sahaja yg menimpa dan jgnlah terlalu gembira dgn apa yang telah kita raih...sesungguhnya hanya padaNya tempat kita bermOhOn...

Usah ditangisi dengan takdir ilahi..permulaan perjalanan tidak selalunya indah dan sentiasa penuh dgn Onak duri..Oleh itu, harungilah dgn penuh kesabaran..insyaAllah, destinasi indah pasti menanti kita..dan dipenghujungnya pasti kita akan tersenyum puas....
p/s : maka bersabarlah dlm menghadapi dugaan dan ujian drpd Allah swt dan ketahuilah bahawa untuk setiap dugaan yang diberikan Oleh Allah pasti akan ada perkara yang lebih baik menanti...


Hasil cOretan,
Cik Liena...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...