Thursday, April 25, 2013

10 Cara Memenangi Hati Mertua

                      Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, 


Bakal menantu pilihan ibu mentua pastinya berada di zon paling selesa kerana tidak perlu memikirkan cara terbaik memikat dan menawan hati ibu lelaki yang dicintai. Namun, bagi mereka yang bukan pilihan bakal mentua, apakah langkah terbaik dan titik keserasian yang perlu dicari supaya mata dan hati ibu bakal suami tertumpu dan menjadi milik kita selamanya?


Hari ini saya ingin berkongsi tip-tip atau petua bagamana cara untuk memenangi hati ibu mertua.


"Sebaik sahaja selesai diijab kabul, secara rasmi kita menjadi miliknya.Kalau dulu hanya sebagai kekasih, tetapi kini sebagai isterinya yang sah.Namun kita sebenarnya bukanlah hanya berkahwin dengan dirinya, bahkan juga seluruh anggota keluarganya."

Bagi yang sudah biasa bertemu dengan mertua sebelum berkahwin, tentu tidak menjadi soal. Bagaimana bagi yang tidak pernah bertentang mata dengan keluarga mertua? Pasti diselubungi rasa bimbang, apatah lagi bila memikirkan
cara untuk menyesuaikan diri dengan mertua.

Bagi menangani masalah tersebut, pastikan anda menyiapkan diri dengan beberapa tips yang diberikan. Persediaan diri sebenarnya bukan hanya bermula selepas sah bergelar isteri, seeloknya sedari awal pertunangan lagi. Kalau kena gaya dan caranya, tidak mustahil anda akan jadi menantu kesayangan.



1. Sebaik sahaja anda sah sebagai tunangannya, mulakan berkenal kenalan dengan keluarga mertua. Andai tinggal berjauhan, hubungilah mereka melalui telefon sekadar untuk bertanya khabar. Jika duduk berhampiran, cuba sesekali luangkan waktu berkunjung ke rumahnya.



2. Ketika berkunjung, bawalah buah tangan bersama. Sekurang-kurangnya dengan membawa kuih ataupun buah-buahan. Tetapi lebih elok jika anda membawa sesuatu yang boleh dibuat cenderahati. Misalnya dengan memberikan sepasang kain sebagai tanda kenangan.


3. Kenali sikap sebenar mertua anda. Tanya kepada pasangan anda, apa yang disukai dan dibenci oleh mertua. Jika anda tahu apa yang disukai dan dibenci, secara tidak langsung ini boleh memberikan persediaan ketika sudah menjadi ahli keluarganya kelak.

4. Setelah berkahwin, jangan sesekali anda memarahi anaknya dihadapan mereka. Keadaan ini memberikan gambaran sebenar sikap anda terhadap anak mereka. Situasi ini mungkin akan menimbulkan kebencian dihati mertua.


5. Setiap kali bertandang, cuba mengambil hatinya dengan bercerita tentang pengalaman lucu yang boleh menghiburkan hatinya. Jangan lupa bercerita dengan sepenuh perhatian agar dia tidak rasa jemu. Ingat, jangan pula anda bercerita sesuatu yang dianggap bodoh dan boleh memalukan diri sendiri..



6. Berkongsi minat dengannya. Kalau dia gemar bercucuk tanam, anda juga harus belajar bercucuk tanam. Kalau dia gemar memasak, tidak salah anda cuba belajar memasak daripadanya. Tunjukkan yang diri anda betul-betul berminat dengan apa yang disukai. Bagaimanapun anda dinasihatkan jangan belajar sambil lewa kerana mungkin dia beranggapan anda tidak serius.

7. Apabila tiba hari-hari penting seperti ketibaan Hari Ibu, Ulang Tahun Perkahwinan, Hari Bapa dan Hari Lahir, jangan lupa menelefon mengucapkan sesuatu. Lebih baik jika anda berkunjung ke rumahnya dengan membawa hadiah. Atau anda juga boleh membuat kejutan dengan mengadakan majlis untuk mereka.

8. Paling penting, jaga pertuturan anda. Jika sebelum ini anda seorang yang ‘mulut lepas’, anda dinasihatkan agar menjaga pertuturan anda. Kata orang, kerana mulut, badan binasa. Jadi berhati-hati ketika menuturkan sesuatu di hadapan mereka. Jangan sampai menyinggung perasaan keluarga mertua.



9. Setelah selesai majlis kenduri, pastikan anda ringan tulang membantu mengemaskan apa yang patut. Terutamanya jika kenduri dilakukan dengan memasak sendiri. Pasti banyak barang yang patut dibasuh seperti periuk,kuali, gelas atau pinggan mangkuk. Walaupun anda keletihan, tetapi cuba sibukkan diri dengan menolong apa yang patut. Tetapi jika majlis dilakukan secara katering, cubalah mengemas apa yang patut di dalam atau luar rumah.



10. Akhir sekali, cuba mengasihani keluarga mertua seperti anda menyayangi keluarga sendiri. Anggaplah mereka sebahagian daripada darah daging sendiri supaya hubungan akan bertambah mesra dan berkekalan hingga ke akhir hayat.Walaupun jika ditakdirkan anda tiada jodoh dengan anak mereka, pastikan anda sentiasa menghubungi sekadar bertanya khabar.



p/s: renung2kan dan selamat beramal...ceria2 selalu..^__________^



Hasil COretan,
Cik Liena     


Thursday, March 7, 2013

:: WARKAH BUAT EMAK ::

assalamualaikum dan salam sejahtera semua..



Dialog antara anak dan emak.

Anak : Mak,kalau akak nak kawin boleh?

Emak : Asal selalu cakap nak kahwin ni? Nak kahwin sangat ke? Emak dulu nak cakap nak kahwin depan nenek pun malu. Kalau boleh dah ada duit sendiri baru lar fikir pasal kahwin-kahwin ni. Belajar dulu. Ini semua benda emak abah yang tanggung. Ada pula fikir nak kahwin. Dah menggatal sangat ke?

It’s hurt my heart! :')

WARKAH BUAT EMAK

Emak jangan samakan tahun 70 an dengan zaman sekarang 2013. Emak,tolonglah faham anak mak ni. Ini bukan gatal atau miang.Ini bukan bermakna akah dah pakwe.Tapi ini lebih kepada nak menjaga hati. Nak rebut pahala. Nak mudah gerak kerja dalam dakwah. Nak raih redha Allah.

Mak,percayalah anak mak belum ada pakwe. Tapi hati akak pernah terluka kerana seorang lelaki. Alhamdulillah iman anak mak ni masih utuh. Akak nak menikah bukan sebab menggatal.Kalau menggatal, akak dah lama keluar berpeleseran dengan lelaki.

Tolonglah jangan samakan zaman mak dengan zaman akak.Zaman mak mana ada internet. Nak tengok benda lucah pun susah.Pronografi ada kat mana-mana jer sekarang ni mak.Cume iman jer yangg tak benarkan akak untuk tengok.Sekarang zaman teknologi mak. Amat mudah untuk berhubung. Maka makin susahlah untuk akak menjaga ikhtilat dengan mana-mana lelaki. Mungkin ada masanya kami berhubung kerana hal-hal kerja. Tapi teknologi yang memudahkan lagi percuma membuatkan perbualan itu meleret-leret mak. Mak pun seorang perempuan,pasti emak tahu macam mananya perasaan bila ada orang yang ambil beratkan? Mak,biarlah hanya keluarga dan suami akak je yang ambil berat perihal akak. Bukannya lelaki mana-mana entah yang mengetuk pintu-pintu mesej akak yang selalu bertanya khabar.Bukan akak tak menjaga diri. Tapi itu lah zaman sekarang mak.

Mak tanya akak kenapa akak puasa sedangkan akak dah habis ganti puasa. Ada kan mak? Akak jawab saja je puasa. Mak betul-betul nak tau ke kenapa akak selalu puasa? Sebab akak nak jaga hati, jaga nafsu agar tak meliar.Ini je cara akak nak kengkang nafsu dan jaga hati.Mak nak tunggu akak kerja? Berapa tahun lagi mak? Akak ada lagi 3 1/2 taun. Belum keinginan akak nak sambung master sebelum mula kerja. Emak,,,tolong jangan lihat duit dan kerja sebagai penjamin kebahagian akak. Dan kerja juga bukan jaminan untuk akak dapat meraih redha-Nya.

Mak,jauh disudut hati akak memang malu nak suruh mak tanggung segala perbelanjaan akak sedangkan akak dah menjadi isteri orang.Tapi...Andai kata akak terkeluar dating dengan lelaki,(nauzubillahiminzalik)mak malu tak? Akak tak jamin iman akak masih utuh andai mak masih manghalang akak nak menikah.

Mak, izinkan anakmu bernikah :') Bukan untuk suka-suka.Bukan untuk menggatal.Bukan untuk pape je lar. Tapi untuk membebaskan emak abah dari terus-terusan menanggung dosa-dosa akak.Mak abah juga yang dapat pahala andai kata akak mampu menjadi isteri yang solehah buat suami akak.

Mak,bila akak tanya,tak ada ke sesiapa yang boleh jadi imam dalam keluarga kita? Akak ada 5 hero dan 1 kepala hero.Bangga sebab ramai hero-hero dalam rumah ni. Tapi... takkan tak ada seorang pun yang mampu menjadi imam? Mak,izinkan akak menjemput suami akak untuk menjadi imam dalam keluarga kita?Akak teringin nak solat jemaah dalam rumah ni. Apa guna rumah besar.Ada ruang solat.Tapi tiada solat jemaah pun dalam rumah ni? Ibarat tiada ruh-ruh yang mengagungkan Islam dan bagai tiada sunnah baginda pun yang dibuat. Sunyi dan sepi tanpa azan dan iqamat. Hanya sesekali terdengar gelak tawa anak-anak buah akak jer. Akak tak menyalahkan emak atau abah. Akak cuba buat perubahan. Tapi akak tak mampu. Mak, izinkan suami akak untuk menjadi imam dalam keluarga kita?

Mak,kalau nak dicoretkan apa yang ada dalam hati ni, takkan mampu mak.Setakat ini jer yang mampu akak coretkan.Akak tak mahu pakai dalil quran dan hadis untuk bagi hujah pada mak.Sebab, akak bukan nak tunjuk pandai dengan menggunakan hujah-hujah itu semua.Bab-bab lain yang akak cakap,tak pernah keluar apa-apa dalil,tiba-tiba nak cakap pasal kahwin keluar semua ayat quran dan hadis.Cuma akak harap,emak dapat buka pintu hati emak dan cuba untuk masuk dalam diri akak. Cuba emak rasai hati akak.Hidup di universiti zaman akak tak sama dengan zaman emak. Mak,bagilah toleransi kepada anakmu.

Mak,izinkan anakmu bernikah...

p/: andailah dapat kukirim warkah nie buat tatapan emak tersayang...apa ye riaksi mak ketika mbaca warkah nie...hehehe...lOve my mOm until jannah..O_o



Hasil COretan,
Cik Liena   


Saturday, February 23, 2013

::Rahsia Bulan Kelahiran::

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, 

Post kali saya akan kongsikan kepada kawan2 semua ,satu kajian mengenai bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah:


JANUARI
#Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
#Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
#Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
#Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
#Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
#Pandai mengambil hati orang lain.
#Pendiam kecuali telah dirangsang.
#Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
#Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
#Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
#Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
#Cukup sayang pada kanak-kanak.
#Suka duduk di rumah.
#Setia pada segala-galanya.
#Perlu belajar kemahiran bersosial.
#Sifat cemburu yang sangat tinggi


FEBRUARI
#Berfikiran abstrak.
#Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
#Bijak dan pintar
#Berpewatakan yang mudah berubah.
#Mudah menawan orang lain.
Agak pendiam.
#Pemalu dan rendah diri.
#Jujur dan setia pada segalanya.
#Keras hati untuk mencapai matlamat.
#Tidak suka dikongkong.
#Mudah memberontak apabila dikongkong.
#Suka kegiatan yang lasak.
#Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
#Mudah mempamerkan marahnya.
#Tidak suka benda yang remeh-temeh.
#Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
#Sangat berani dan suka memberontak.
#Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
#Pemerhatian yang tajam.
#Suka hiburan dan sukan.
#Suka benda yang bersifat seni.
#Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
#Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
#Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
#Belajar untuk mempamerkan emosi


MAC
#Berpesonaliti menarik dan menawan.
#Mudah didampingi.
#Sangat pemalu dan pemendam rasa.
#Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
#Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
#Suka pada kedamaian.
#Sangat peka pada orang lain.
#Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
#Tidak cepat marah dan sangat amanah.
#Tahu membalas dan mengenang budi.
#Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
#Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
#Suka berangan-angan.
#Suka melancong.
#Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
#Kelam kabut dalam memilih pasangan.
#Suka dengan hiasan rumahtangga.
#Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
#Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
#Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan


APRIL
#Sangat aktif dan dinamik.
#Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
#Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
#Punya daya mental yang sangat kuat.
#Suka diberi perhatian.
#Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
#Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
#Sangat berani dan tiada perasaan takut.
#Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
#Emosi cepat terusik.
#Cuba kawal perasaan.
#Kecenderungan bersifat pendendam.
#Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
#Kuat daya ingatan.
#Gerak hati yang sangat kuat.
#Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
#Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
#Sangat cemburu dan terlalu cemburu


MEI
#Keras hati & tegas.
#Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
#Pemikiran yang tajam.
#Mudah marah apabila tidak dikawal.
#Pandai menarik hati & perhatian orang lain.
#Perasaan yang amat mendalam.
#Cantik dari segi mental & fizikal.
#Tidak perlu dimotivasikan.
#Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
#Mudah dipujuk.
#Bersikap sistematik (otak kiri).
#Suka berangan.
#Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
#Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
#Daya khayalan yang tinggi.
#Permikiran yang tajam.
#Pandai berdebat.
#Fizikal yang baik.
#Kelemahan sistem pernafasan.
#Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
#Tidak berapa suka duduk di rumah.
#Tidak boleh duduk diam.
#Tidak punya ramai anak.
#Rajin dan bersemangat tinggi.
#Agak boros


JUN
#Berfikiran jauh & berwawasan.
#Mudah ditawan kerana sikap baik.
#Berperangai lemah lembut.
#Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
#Idea yang terlalu banyak di kepala.
#Bersikap sensitif.
#Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
#Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
#Bersikap suka menangguh-nangguh.
#Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
#Cepat marah & cepat sejuk.
#Suka bercakap & berdebat.
#Suka buat lawak & bergurau.
#Otaknya cerdas berangan-angan.
#Mudah berkawan & pandai berkawan.
#Seorang yang sangat tertib.
#Pandai mempamerkan sikap.
#Mudah kecil hati.
#Mudah kena selsema.
#Suka berkemas.
#Cepat rasa bosan.
#Sikap terlalu memilih & cerewet.
#Kurang mempamerkan perasaan.
#Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
#Suka pada barang yang berjenama.
#Mudah menjadi eksekutif.
#Kedegilan yang tidak terkawal.
#Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.


JULAI
#Sangat suka didamping.
#Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
#Agak pendiam kecuali dirangsang.
#Ada harga dan maruah diri.
#Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
#Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
#Sangat menjaga hati orang lain.
#Sangat peramah.
#Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
#Berjiwa sentimental.
#Jarang berdendam.
#Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
#Tidak suka benda remeh-temeh.
#Membimbing cara fizikal dan mental.
#Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
#Layanan yang serupa terhadap semua orang.
#Tinggi daya simpati.
#Pemerhatian yang tajam.
#Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
#Mudah dan rajin belajar.
#Suka muhasabah diri.
#Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
#Suka mendiamkan diri.
#Suka duduk di rumah.
#Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
#Tidak agresif kecuali terpaksa.
#Lemah dari segi kesihatan perut.
#Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
#Minta disayangi.
#Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
#Terlalu mengambil berat.
#Rajin dalam membuat kerja


OGOS
#Suka berlawak.
#Mudah tertawan padanya.
#Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
#Berani dan tidak tahu takut.
#Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
#Pandai memujuk orang lain.
#Terlalu pemurah & bersikap ego.
#Nilai harga diri yang sangat tinggi.
#Dahagakan pujian.
#Semangat juang yang luar biasa.
#Cepat marah & mudah mengamuk.
#Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
#Sangat cemburu.
#Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
#Cepat berfikir.
#Fikiran yang berdikari.
#Suka memimpin & dipimpin.
#Sifat suka berangan.
#Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
#Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
#Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
#Belajar untuk bertenang.
#Sikap kelam kabut.
#Romantik, pengasih dan penyayang.
#Suka mencari kawan


SEPTEMBER
#Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
#Sangat cermat, teliti & teratur.
#Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
#Pendiam tapi pandai bercakap.
#Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
#Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
#Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
#Sangat sensitif yang tidak diketahui.
#Seorang yang banyak berfikir.
#Daya pentaakulan yang baik.
#Otak bijak & mudah belajar.
#Suka mencari maklumat.
#Kawal diri dari terlalu mengkritik.
#Pandai mendorong diri sendiri.
#Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
#Suka sukan, hiburan & melancong.
#Kurang menunjukkan perasaannya.
#Terluka hatinya sangat lama disimpan.
#Terlalu memilih pasangan.
#Sukakan benda yang luas.
#Bersistematik


OKTOBER
#Suka berbual.
#Suka orang yang sayang padanya.
#Suka ambil jln tengah.
#Sangat menawan & sopan santun.
#Kecantikan luar & dalam.
#Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
#Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
#Sentiasa berkawan.
#Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
#Cepat marah.
#Macam pentingkan diri sendiri.
#Tidak menolong orang kecuali diminta.
#Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
#Tidak suka terima pandangan orang lain.
#Emosi yang mudah terusik.
#Suka berangan & pandai bercakap.
#Emosi yang kelam kabut.
#Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
#Suka melancong, bidang sastera & seni.
#Pengasih, penyayang & lemah lembut.
#Romantik dalam percintaan.
#Mudah terusik hati & cemburu.
#Ambil berat tentang orang lain.
#Suka kegiatan luar.
#Seorang yang adil.
#Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
#Mudah patah semangat


NOVEMBER
#Banyak idea dalam perkara.
#Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
#Berfikiran kehadapan.
#Berfikiran unik dan bijak.
#Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
#Pemikiran yang tajam.
#Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
#Sesuai jadi seorang doktor.
#Cermat dan teliti.
#Personaliti yang dinamik.
#Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
#Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
#Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
#Terlalu degil dan keras hati.
#Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
#Tak suka marah kecuali digugat.
#Mudah ambil berat terhadap orang lain.
#Pandai muhasabah diri.
#Cara berfikir yang lain dari orang lain.
#Otak yang sangat tajam.
#Pandai mendorong diri sendiri.
#Tidak hargai pujian.
#Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
#Cuba sampai berjaya.
#Badan yang sasa.
#Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
#Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
#Suka duduk d irumah.
#Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
#Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
#Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
#Bercita-cita tinggi.
#Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah


DISEMBER
#Sangat setia dan pemurah.
#Bersifat patriotik.
#Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
#Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
#Bercita-cita tinggi.
#Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
#Seronok bila didampingi.
#Suka bercampur dengan orang.
#Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
#Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
#Tidak pandai berpura-pura.
#Cepat marah.
#Perangai yang mudah berubah-ubah.
#Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
#Benci pada kongkongan.
#Suka berlawak.
#Pandai buat lawak dan berfikiran logik

p/s: saya lahir pada bulan 10...anda pula bgaimana...????O_o
Hasil COretan,
CIk Liena.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...