Saturday, April 21, 2012

::Jika rindukan seseOrang::

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

     Jika RINDUKAN SESEORANG , PEJAMKANLAH MATA dan UCAPKANLAH :

 " Ya Allah Aku rindukannya keranaMu Ya Allah , Jauhkanlah aku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepadaMu . Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku..tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia.. 

✿~ Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi.. 
✿~ Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya.. 
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi.. 
✿~ Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai.. 

Terima kasih ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalanMu ini..terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia..♥ ♥ ♥" 

DAN

dan satu lagi doa  untuk sampaikan rindu..
insyaAllah doa ini akan dimakbulkan dan org yg kita rindui tu akan merasakannya.
ini merupakan doa nabi Yusuf kepada Zulaikha

Ya Allah, Sampaikan salam rindu ku kepada ...... (nama penuh insan itu) sehingga aku menjadi kerinduannya. Amin

pada saya, apabila kita nk berdoa, kita kena yakin. insyaAllah...dOa kita akn dimakbulkan..aminn

p/s hari nie merupakan ulangtahun kelahiran my lalink yg ke 23....^________^
jd sy nk ambik kesempatan tuk wish kt die, semOga die diberi kesihatan yg baik dan berterusan serta dirahmati Allah swt dan bahagia di dunia n di akhirat..aminn...
1437..♥♥♥
Hasil COretan,
Cik Liena        

Thursday, April 19, 2012

.:cIrI-cIrI calOn sUamI:.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,


Wahai MUSLIMAH...

♥ Carilah LELAKI yang boleh mengingatkan mu tentang SEMBAHYANG,
=>Bukan LELAKI yang selalu mengajak TENGOK WAYANG..!

♥ Carilah LELAKI yang selalu mengingatkan dirimu untuk MENGAJI,
=> Bukan LELAKI yang selalu mengajak mu SMS TIAP-TIAP HARI..!

♥ Carilah LELAKI yang selalu mengingatkan mu tentang MENUTUP AURAT,
=> Bukan LELAKI yang hanya tahu nak MENGURAT..!

♥ Carilah LELAKI yang boleh mengajar mu MENGHORMATI ORANG TUA,
=> Kerana disitu letaknya pintu SYURGA..!

Spesifikasi calon suami yang bolehlah dibuat suami:-


1. Solat fardhu cukup 5 waktu.


2. Ada kerja gaji RM800-1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa, boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh antar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.


3. Ada kenderaan: moto kapcai dah cantek. honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA. Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang mengandung ke klinik setiap bulan.


4. Lulus ujian fardhu ‘ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi wajib dengan betul, apatah lagi mandi-mandi yang lain.


5. Boleh baca al-Quran dan boleh mengajar al-Quran walaupun setakat “Alif Ba’ Ta’” sampai Surah “Iqra’ Bismirabbikallazi Khalaq.”


6. Jenis lurus, baik & hati baik, tak menipu. Tadelah sampai menipu kata nak pergi Mydin tapi pergi mengorat jiran taman sebelah.
7. Dia paham kamu, kamu paham dia. Paham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.


8. Gedik joget-joget pun depan bini dan anak-anak je. Depan orang lain sopan santun gitu.


9. Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam ni ok, “Ehemm..ramainya kawan laki kat opis.. Jangan sampai lupa abang taw..”


10. Belajar takat PMR je pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD.


11. Kalau dia jenis diam tak delah sampai orang kata tak bergaul dengan manusia lain. Kalau dia banyak bercakap pun tadelah sampai dia mengata-ngata orang lain.


12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang-kurangnya Maghrib dan Isyak.


13. Walaupun tak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola. Jika ada kuliah di masjid muka dialah ada di antara orang-orang kampung.


14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.


15. Jenis senyum sokmo.


16. Tak tengok sangat awek cuns, duk tengok bini dia je walaupn bini dia tak cuns (Tak cun tak pe, boleh tutup lampu – UAI)


17. Pandai masak sekurang-kurangnya masak nasi dan goreng telur, ayam, ikan, nasi goreng, nasi goreng hailam dll. Kalau dia tak sempat nak masak sekalipun, dia takkan makan kat McD atau tempat-tempat makan yang pelik-pelik nama dia menu yang mahal-mahal sebab dia tahu keje dia gaji tak banyak. Makan nasi lemak kat gerai lagi ok pe.


18. Rajin. Ringan tangan tolong isteri. Kadang2 tolong kemas rumah, sapu sampah, sidai kain, memasak. Tapi janganlah poyo sangat sampai kawan-kawan isteri datang pun, tolong gorengkan pisang kat dapur untuk raikan tetamu.


19. Jenis pembersih gak la. Masa muda-muda dia tak de la jenis pakai seluar jeans busuk berminggu-minggu tak basuh. Bau badan tu jaga. Kena bersih sebab hari-hari nak ngadap Allah, bukan nk wangi depan manusia je.


20. Sehari sekali ingatkan bini dan anak-anak tentang kematian dan amalan agama. “Sayang, tengok jam tu. Ha, bila kita tengok jam.. Ingatlah detik kematian tu makin hampir.”


21. Dia sentiasa nak berubah bersama-sama isteri dan anak-anak dia. Berubah jadi lebih soleh dari sehari ke sehari.
p/s: untung la orang perempuan kalau dapat cari bakal suami gini...


♥ Saya tak minta yg SOLEH ,sebab saya pun tak lah SOLEHAH sgt 
♥ Saya tak minta yg bergelar USTAZ, sebab saya lg jauh utk bergelar 
USTAZAH
♥ Nak minta yg KAYA, saya pun TAK KAYA, hanya sekadar apa yg ada 
♥ Nak minta yg KACAK, saya tak la CANTIK, sekadar hamba sesempurna kejadian 
yang ALLAH ciptakan 
♥ Nak minta yg BERPANGKAT, saya hanya seorg HAMBA 
♥ Cukuplah sekadar yg MEMAHAMI dan MENERIMA diri seadanya 
♥ Cukuplah yang ada AGAMA di hati dan mengamalkannya serta sama2 mencari 
jalan ke Syurga apabila bahtera di layar dan masjid dibina 
♥ Cukuplah yang sama2 saling MEMBANTU dlm susah dan senang mengharungi 
lautan dunia.
Hasil  COretan,
Cik Liena ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...